Nenek kesal mangsa tikam dibiar tanpa bantuan

Suspek datang menyerah diri dan dibawa ke IPD Beluran untuk siasatan lanjut 4.30 petang semalam. — Foto ReutersSuspek datang menyerah diri dan dibawa ke IPD Beluran untuk siasatan lanjut 4.30 petang semalam. — Foto ReutersBELURAN, 17 Feb — Nenek mangsa tetak di sebuah ladang kelapa sawit di sini kesal dengan pemergian cucunya kelmarin.

Kartina Kamrun, 51, berkata insiden itu dapat dielakkan jika orang ramai di kawasan itu tampil memberikan bantuan.

“Kami dimaklumkan ketika kejadian itu, orang ramai hanya melihat dan tidak memberikan pertolongan. Sedangkan kawasan itu ramai orang.

“Kalaulah orang ramai datang membantu dia, pasti semua ini tidak akan berlaku,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Mangsa maut ditikam tiga kali selepas didakwa memotong giliran menimbang kelapa sawit di kilang Kampung Ulu Sapi, pada Khamis.

Sehari sebelum kejadian, Baso Padue Paddo, 30, bergaduh dengan pemandu jentera berat mengangkat sawit sebelum ditikam di tangan kiri, belakang dan dada.

Suspek yang ditahan di ladang kelapa sawit menyerah diri, beberapa jam selepas kejadian terbabit.



Sumber Nenek kesal mangsa tikam dibiar tanpa bantuan

Related Posts :

0 Response to "Nenek kesal mangsa tikam dibiar tanpa bantuan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.