Usaha mencari feri hilang diteruskan

WELLINGTON: Misi mencari dan menyelamat sebuah feri yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu dengan 50 penumpang di Kiribati masih diteruskan.

Pegawai Pusat Penyelarasan Penyelamat New Zealand, John Ashby, berkata feri antara pulau dikenali sebagai MV Butiraoi itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Kapal katamaran sepanjang 17.5 meter yang diperbuat dari kayu itu dilihat meninggalkan Pula Nonouti menuju Betio Tarawa di Kepulauan Kiribati pada 18 Januari.

Perjalanan sejauh 260 kilometer itu dijangka mengambil masa dua hari.

"Kami difahamkan kipas feri terbabit dibaiki sejurus sebelum berlepas.

"Ia mungkin antara faktor yang menyukarkan perjalanan mereka kerana cuaca di sekitar kawasan berkenaan berada dalam keadaan sederhana dan bergelora sedikit," katanya. - AFP



Sumber Usaha mencari feri hilang diteruskan

Related Posts :

0 Response to "Usaha mencari feri hilang diteruskan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.