Senang Sangat Nak Buat! Tanam Kangkung Guna Penapis, Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah



Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.

Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.

Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.

Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.

Langkahnya boleh ikut cara ini ya:

1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.


2. Letak tapis atas baldi kecil


3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.

4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.


5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.


6. Kemudian tutup benih selama dua hari.


7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.


8. Ini gambar hari kelima



Air baja perlu ditambah, bukan ditukar. Air baja akan semakin susut diserap oleh akar. Penggunaan baja: Minggu pertama – 10ml baja AB + 2 liter air, minggu kedua – 15ml baja AB.

9. Tempoh tuaian dari mula semai 21-25 hari


Selamat mencuba!

Sumber:Yuziyana Yusop via vanillakismis.my



Sumber Senang Sangat Nak Buat! Tanam Kangkung Guna Penapis, Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah

0 Response to "Senang Sangat Nak Buat! Tanam Kangkung Guna Penapis, Sesuai Untuk Yang Suka Bercucuk Tanam Tapi Rumah Tiada Tanah"

Post a Comment