Ucapan tahun baru di plat motor, remaja ditahan polis

Seorang remaja yang mengubah suai plat pendaftaran motosikal bagi meraikan sambutan tahun baru ditahan polis. ― Foto ihsan Facebook/DTTBSeorang remaja yang mengubah suai plat pendaftaran motosikal bagi meraikan sambutan tahun baru ditahan polis. ― Foto ihsan Facebook/DTTBIPOH, 1 Jan ― Seorang remaja mengubah suai plat motosikalnya kepada "Happy New Year 2k18" bagi meraikan sambutan tahun baru.

“Saya buat nombor plat ini dengan harga RM17 dan saja suka-suka sebab hendak sambut tahun baru dengan kawan-kawan, bukan ada niat lain," kata Mugesh, 17 tahun, lapor Harian Metro.

Beliau antara 30 penunggang motosikal yang ditahan di Jalan Chamberlain di sini, awal pagi tadi kerana menggunakan plat pendaftaran yang tidak mematuhi spesifikasi.

“Ini kali pertama saya ditahan, saya dah serik untuk ulangi kesalahan sama lagi,” katanya yang enggan mendedah nama penuh.

Sebanyak 23 motosikal turut disita dan sejumlah 117 saman dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan polis Ipoh bermula 10 malam dan berakhir jam 5 pagi tadi

Dua penunggang turut ditahan kerana memandu melulu manakala tiga lagi atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran palsu.



Sumber Ucapan tahun baru di plat motor, remaja ditahan polis

Related Posts :

0 Response to "Ucapan tahun baru di plat motor, remaja ditahan polis"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect