Ucapan Dan Tatu Dari Brazil Kejutan Hari Lahir Datuk Seri Siti Nurhaliza

Ucapan Dan Tatu Dari Brazil Kejutan Hari Lahir Datuk Seri Siti Nurhaliza

Foto: Twitter @philosopop & spmodels.net

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 39 hari ini dan disambut tidak hanya oleh peminat di Malaysia malah di Brazil!

 

Peminat dengan tweethandle @philosopop telah memberikan ucapan selamat hari lahir dengan gambar Datuk Seri Siti Nurhaliza di lengannya

 

Dalam tweetnya, lelaki yang dikenali dengan nama Pedro itu mula meminati Siti Nurhaliza sejak pertama kali mendengar lagu Kesilapanku, Keegoanmu yang dikeluarkan pada tahun 1997 menerusi album Siti Nurhaliza 2.

 

“Sejak hari itu, saya membawa Siti Nurhaliza dalam hati dan diri saya. Saya gembira dan teruja melihat kehidupan dan kesihatan anda yang baik bersama suami tercinta. Saya mendoakan yang terbaik untuk anda,” tulisnya.

 

Membalas ucapan itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berterima kasih atas sokongan peminat dari Brazil ini dan memuat naik kembali gambar itu ke laman Instagramnya serta mengajak Pedro berkunjung ke Malaysia suatu hari nanti.

 


Sumber Ucapan Dan Tatu Dari Brazil Kejutan Hari Lahir Datuk Seri Siti Nurhaliza

Related Posts :

0 Response to "Ucapan Dan Tatu Dari Brazil Kejutan Hari Lahir Datuk Seri Siti Nurhaliza"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect