KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai emas sekitar Lembah Klang serta Negeri Sembilan sejak 31 Disember lalu, ditembak mati di Taman Connaught, Cheras malam tadi.
Suspek dikenal pasti sebagai rakyat tempatan berusia 22 tahun.
Dia dikesan memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di kawasan Cheras oleh sepasukan polis dari pasukan petugas khas jenayah terancang (STAFOC) Bukit Aman dan bahagian siasatan jenayah berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang menjalankan rondaan selepas menerima maklumat sekitar 10.30 malam.
Polis mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan.
Bagaimanapun, ketika diperiksa, suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama dan bertindak menembak polis.
Suspek dan polis kemudian berbalas tembakan.
Tembakan yang dilepaskan dipercayai terkena suspek dan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Pemeriksaan lanjut polis ke atas kenderaan milik suspek turut menemui sepucuk pistol yang digunakannya.
Semakan mendapati suspek berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, serta mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan, termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.
Sumber
Penyamun kedai emas ditembak mati
Related Posts :
Gadis ‘tertua’ di Asia, Ana Rocella meninggal dunia di usia 19 tahunRemaja digelar ‘gadis tertua di Asia’ meninggal dunia pada umur 19 tahun minggu lalu.
Ana Rocella mengidap penyakit ganjil, sindrom Hutchin… Read More...
“Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat, nanti kalau sempat Edrus datang tidur dengan mak ya.” – Arwah adik Noor Amila Edrus“Edrus minta maaf mak, Edrus minta ampun sangat-sangat, nanti kalau sempat Edrus datang tidur dengan mak ya.”
Inilah kata-kata terakhir yang… Read More...
“Kami kagum dengannya kerana berenang semasa haid, walau dapat tempat ke-4 kami bangga’ – Atlet renang China dipuji kerana terus terang isu datang bulan yang ganggu prestasinyaAtlet renang China Fu Yuanhui menambat perhatian ramai dengan telatah lucu beliau di Sukan Olimpik, dan baru-baru ini mendapat pujian kerana… Read More...
‘Dia bagaikan pak turut, hanya mampu menangis dan jadi bodoh bila dipukul sedangkan duit gajinya sedap digunakan untuk keperluan suami’Mentanglah wanita ini tak boleh lawan suami, sedap saja kaum Adam naik tangan ikut emosi. Salah sikit, terus nak sepak terajang. Nak mengadu… Read More...
‘Tajuk yang menjatuhkan semangat kesukanan, tak reti bersyukur dan berterima kasih pada atlet yang dah harumkan nama negara’ – Aidil Zafuan hentam tajuk berita akhbar tempatan
‘Tajuk yang menjatuhkan semangat kesukanan, tak reti bersyukur dan berterima kasih pada atlet yang dah harumkan nama negara’ – Aidil Zafuan… Read More...
0 Response to "Penyamun kedai emas ditembak mati"
Post a Comment