Atlet renang China Fu Yuanhui menambat perhatian ramai dengan telatah lucu beliau di Sukan Olimpik, dan baru-baru ini mendapat pujian kerana bercakap isu haid tanpa segan silu.
Fu dan pasukannya hanya mendapat tempat keempat dalam acara renang 4×100 meter pada Ahad lalu, dan beliau mengakui bahawa prestasinya diganggu haid ― salah satu topik pantang di tanah airnya.
“Kami kagum dengannya kerana berenang semasa haid, walau dapat tempat ke-4 kami bangga’ – Atlet renang China dipuji kerana terus terang isu datang bulan yang ganggu prestasinya
“Saya tidak mempamerkan persembahan yang terbaik. Saya mengecewakan rakan sepasukan yang lain,” katanya semasa ditemuramah media CCTV selepas acara itu di tepi kolam renang.
Ditanya sama ada beliau mengalami sakit perut, Fu, 20, berkata ia berpunca daripada datang haid yang bermula hari sebelumnya.
“Saya datang bulan semalam jadi saya rasa agak letih, tetapi itu bukan alasan, saya tetap tidak berenang dengan baik,” katanya.
Peminat sukan China di sosial media bagaimanapun memuji Fu kerana berterus terang tentang kitaran haid atlet wanita.
Ramai yang tidak sedar wanita mampu berenang ketika dalam kitaran haid, lapor portal BBC.
“Cik Fu kita memang berani berkata jujur,” kata salah seorang pengguna Weibo, laman sosial yang popular di China.
“Saya sangat kagum dengan Fu Yuanhui kerana berenang semasa haid. Wanita boleh terganggu ketika waktu itu terutama sakit datang bulan.
“Beliau rasa bersalah kerana mendapat tempat keempat, tetapi Fu Yuanhui kami masih bangga dengan anda,” kata seorang lagi peminat.
Peminat lain menulis: “Perubahan hormon itu perkara biasa jadi kenapa kita tak boleh menyebutnya? Fu Yuanhui anda memang hebat!”
Penggunaan tampon dan produk wanita untuk haid masih kurang di China, dengan satu kajian mendedahkan bahawa cuma 2 peratus wanita di sana menggunakannya akibat keresahan budaya dan kurangnya pendidikan seks.
Sumber : Malay Mail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "“Kami kagum dengannya kerana berenang semasa haid, walau dapat tempat ke-4 kami bangga’ – Atlet renang China dipuji kerana terus terang isu datang bulan yang ganggu prestasinya"
Post a Comment