KUALA LUMPUR: Kontinjen negara masih boleh menamatkan kempen Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) dengan kutipan 145 pingat emas.
Atlet ekuestrian Filipina, Colin Syquia, yang memenangi emas acara lompatan individu pada KL2017, tampak akan hilang pingat emas dimenangi ketika kudanya, Adventure E diuji positif menggunakan bahan terlarang Clomethiazole, sejenis ubat perangsang pada kejohanan itu.
FEI sudah menggantung sementara Colin dan kudanya.
Atlet negara, Sharmini Christina Ratnasingham dan Qabil Ambak menamatkan saingan di tangga kedua dan ketiga disiplin berkenaan. Sharmini boleh menerima pingat emas jika keputusan itu kekal.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (M), Datuk Low Beng Choo, tanpa merujuk perkara itu membabitkan sukan ekuestrian, sebelum itu memberi bayangan Malaysia akan mendapat emas berkenaan.
"Sabar, mungkin ada sesuatu yang akan muncul. Ia (kutipan emas Malaysia) masih boleh menjadi 145 tetapi saya tidak mahu membuat spekulasi," kata Beng Choo ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini.
"Ada perkembangan terbaharu tetapi ia masih belum disahkan. Tunggu sehingga kami mendapat keputusan terakhir."
Pegawai kanan Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM) mengesahkan mereka mengetahui situasi terbabit tetapi tidak boleh membuat sebarang kenyataan pada ketika ini.
Malaysia memungut 145 emas pada KL2017, bagaimanapun penerjun kebangsaan, Wendy Ng, yang diuji positif menggunakan sibutramine ketika temasya itu, dilucutkan pingat emas acara 3 meter papan anjal individu dan 3m papan anjal seirama (bersama pasangan Nur Dhabitah Sabri).
Dhabitah, yang menamatkan saingan di tangga kedua acara 3m individu diberikan pingat emas tetapi emas acara 3m seirama diberikan kepada pasangan Singapura, Ashlee Tan-Fong Kay Yian.
Sumber Masih boleh kekalkan 145 emas
0 Response to "Masih boleh kekalkan 145 emas"
Post a Comment