SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun melecur selepas dipercayai disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian di Jalan Oya di sini, malam tadi.
Difahamkan, ia berlaku ketika suspek berusia 50 tahun itu bertengkar dengan ibu mangsa di bilik sewa mereka kira-kira jam 10 malam.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata sejurus kejadian, mangsa dikejarkan oleh ibunya ke restoran terletak tingkat bawah bilik sewa berkenaan bagi mendapatkan bantuan.
"Pelanggan restoran yang simpati melihat keadaan dua beranak itu segera menghubungi ambulans sebelum mereka dibawa ke Hospital Sibu.
"Mangsa kini dilaporkan stabil, namun pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak itu mengalami kesan melecur yang serius pada kedua-dua pahanya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau mengesahkan laporan polis dibuat pasukan perubatan Hospital Sibu berhubung insiden berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi kerana tidak menolak kemungkinan kanak-kanak berkenaan turut menjadi mangsa dera.
"Susulan laporan itu, polis menahan suspek di bilik sewanya kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber Budak melecur angkara kekasih ibu
0 Response to "Budak melecur angkara kekasih ibu"
Post a Comment