Lebih enak, cendol durian santan sawit

Cendol dengan durian yang dimakan dengan santan sawit lebih enak, kata peniaganya Nor Ain Mahari. — Foto ihsan Facebook/Ramzatullaily JamianCendol dengan durian yang dimakan dengan santan sawit lebih enak, kata peniaganya Nor Ain Mahari. — Foto ihsan Facebook/Ramzatullaily JamianKUALA SELANGOR, 1 Jan — Cendol durian walau bersantan sawit tetap menggamit pengunjung ke gerai pasangan ini di Kampung Bukit Hijau di sini.

Pemiliknya Nor Ain Mahari, 28, menjual cendol buatan sendiri dengan durian jenis D101, yang diperolehi mengikut musim, lapor Sinar Harian.

“[...] kami buat kelainan dengan menggunakan santan sawit yang lebih enak dimakan dengan isi cendol yang dibuat sendiri,” katanya.

Berniaga dengan suaminya Mohd Azli Denan, 28, beliau turut menjual cendol dengan rasa ais krim Oreo dan jagung, mengikut selera pelanggan.

Cendol dengan aiskrim dan biskut Oreo menjadi pilihan pelanggan Ramzatullaily Jamian seperti dimuat di Facebooknya, Ogos lalu.Cendol dengan aiskrim dan biskut Oreo menjadi pilihan pelanggan Ramzatullaily Jamian seperti dimuat di Facebooknya, Ogos lalu.Nor Ain turut menyajikan menu lain seperti roti John special, laksa, mi kari, mi Jawa, mihun sup dan soto di gerai depan rumah keluarganya.

Semua hidangan dengan harga berbaloi, antara RM2 hingga RM16.

“Masa mula-mula niaga dulu, kami hanya ada pondok kecil dan alhamdulillah orang yang datang pun ramai sampai melimpah dan tidak cukup kerusi.

“Sehinggalah kami mampu membesarkan ruang makan,” katanya.

Gerainya di Jalan Rizab Yaakob, belakang dewan kampung itu. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat antara 11.30 pagi hingga 5.30 petang. 



Sumber Lebih enak, cendol durian santan sawit

Related Posts :

0 Response to "Lebih enak, cendol durian santan sawit"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect