Datuk P. Kamalanathan menyeru perbincangan lebih mendalam dilakukan sebelum menaikkan tambang bas sekolah. — Foto oleh Zuraneeza ZulkifliTANJUNG MALIM, 11 Dis — Datuk P. Kamalanathan menyeru Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) memikirkan semula kenaikan tambang pada tahun depan.
Timbalan menteri pendidikan itu berkata kenaikan tersebut membebankan terutama ibu bapa yang memiliki ramai anak yang masih bersekolah.
“Perbincangan lebih mendalam perlu dilakukan sebelum mengenakan atau menaikkan kadar ini.
“Kerana kita tidak mahu ibu bapa terbeban terutama yang ada empat atau lima orang anak bersekolah.
“Peningkatannya bukan RM10 tetapi antara RM50 hingga RM100.
“Biarlah ada situasi menang-menang antara kedua-dua pihak,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
GPPBSM sebelum ini menjangkakan tambang bas sekolah pada tahun depan akan dinaikkan antara RM10 hingga RM20.
Sumber Naik sampai RM100, pengusaha bas sekolah diseru fikir semula
0 Response to "Naik sampai RM100, pengusaha bas sekolah diseru fikir semula"
Post a Comment