MASYARAKAT termasuk media dinasihat tidak mempopular dan mensensasikan sebarang video tidak memberi manfaat termasuk perilaku individu lelaki berlagak seperti wanita.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penyebaran video seperti itu tidak boleh membangunkan pemikiran dan jati diri rakyat.

“Jangan popularkan geng lembut” – Datuk Dr Asyraf Wajdi minta masyarakat tidak sensasikan video lelaki berpewatakan lembut
Katanya, banyak lagi perkara lebih penting yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.
“Kita minta masyarakat dan pihak media tidak sensasikan isu yang tidak memberi faedah.
“Saya tidak mahu komen benda yang tidak membawa makna kepada pembangunan ummah dan negara.
“Saya harap rakyat mendidik diri supaya tidak mempopularkan dan mengarus perdanakan video yang tidak memberi sebarang makna,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Konvensyen Pendidikan Islam Kelantan Anjuran Jabatan mbangunan Persekutuan (JPP) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Kota Bharu, hari ini.
Majlis dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Akhbar hari ini melaporkan, agensi berkaitan kerajaan disaran supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap perilaku sesetengah individu lelaki yang popular di laman sosial yang berlagak seperti wanita.
Individu yang digelar ‘instafamous’ itu rata-rata lelaki yang membuat pelbagai video parodi mengenakan pakaian wanita dan memuat naik aktiviti mereka di Instagram bagi mempromosi produk, menyindir atau meniru gaya melucukan.
Sumber: Metro
Sumber “Jangan popularkan geng lembut” – Datuk Dr Asyraf Wajdi minta masyarakat tidak sensasikan video lelaki berpewatakan lembut
0 Response to "“Jangan popularkan geng lembut” – Datuk Dr Asyraf Wajdi minta masyarakat tidak sensasikan video lelaki berpewatakan lembut"
Post a Comment