“Isu jantina ni ibarat masalah besar dalam negara, banyak lagi masalah negara, buang masa” – Sajat kata cukuplah

USAHAWAN popular Nur Sajat Kamaruzzaman enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memerlukan masa minimum sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenarnya.

Sajat ketika dihubungi hari ini berkata, cukup-cukuplah mengaibkannya sehingga tular kerana dia juga perlu menjaga hati ibu bapanya.

"Isu jantina ni ibarat masalah besar dalam negara, banyak lagi masalah negara, buang masa" - Sajat kata cukuplah

“Isu jantina ni ibarat masalah besar dalam negara, banyak lagi masalah negara, buang masa” – Sajat kata cukuplah

“Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan nama saya.

“Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu akibat isu ini.

“Kalau anda berada di tempat saya, pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebat dan menjadi isu besar.

“Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan,” katanya.

Sajat mengakui kesal apabila kisah peribadinya menjadi perhatian masyarakat sedangkan niatnya hanya untuk berniaga.

“Kenapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa.

“Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar,” €katanya.

Terdahulu JAKIM dalam kenyataan hari ini, menyatakan memerlukan masa paling minimum sebulan bagi menentukan identiti dan jantina sebenar usahawan kosmetik itu.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menerusi Facebook (FB) Jakim.

Sumber: Metro



Sumber “Isu jantina ni ibarat masalah besar dalam negara, banyak lagi masalah negara, buang masa” – Sajat kata cukuplah

Related Posts :

0 Response to "“Isu jantina ni ibarat masalah besar dalam negara, banyak lagi masalah negara, buang masa” – Sajat kata cukuplah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.