Higuain, Khedira julang Juventus 

MILAN: Sami Khedira dan Gonzalo Higuain masing-masing meledak gol ketika penyandang juara, Juventus mendaki tangga teratas Serie A susulan kemenangan 2-0 ke atas Chievo yang beraksi dengan sembilan pemain, awal pagi tadi.

Kelab yang berpangkalan di Verona, Chievo kehilangan dua pemain pada kedua-dua babak permainan selepas Samuel Bastien dan Fabrizio Cacciatore diarah keluar padang pada aksi di Stadium Bentegodi.

PENYERANG Juventus, Gonzalo Higuain meraikan gol kedua pasukan ketika bertemu Chievo pada saingan Serie A, awal pagi tadi. - Foto REUTERS

Kelebihan itu jelas dimanfaat sepenuhnya Juventus untuk memintas kedudukan Napoli di puncak liga dengan kelebihan dua mata selepas 22 perlawanan.

Begitupun, Napoli yang dikemudi oleh Maurizio Sarri boleh merampas kembali kedudukan itu apabila mereka menanti kunjungan Bologna, hari ini.

"Ia kemenangan yang penting kerana kami mengambil alih kedudukan Napoli dan kami tidak melepaskan gol, tetapi kami sepatutnya mendapatkan keputusan lebih baik terutama pada separuh masa pertama," kata Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri.

GONZALO Higuain (kiri) menanduk masuk untuk gol kedua Juventus. - Foto AFP

"Pada babak kedua apabila Chievo terpaksa bermain dengan sembilan pemain, ia menjadi lebih mudah sekali pun kami masih melakukan kesilapan yang sama.

"Kami perlu meningkatkan kualiti permainan kami."

PEMAIN Chievo, Samuel Bastien (kiri) diasak Douglas Costa dari Juventus. - Foto EPA

Di sebalik penguasaan bola pada separuh masa pertama ditambah dengan ketiadaan Bastien yang diarah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua atas tindakan tidak sepatutnya ke atas pengadil pada minit ke-36, Juventus tetap bergelut untuk merobek gawang Chievo.

Mereka hanya memperoleh gol pembukaan pada minit ke-67 menerusi Khedira dan sekali pun beraksi dengan kelebihan dua pemain selepas penyingkiran Cacciatore pada minit ke-61, gol kedua hanya diperoleh dua minit sebelum permainan berakhir. - AFP



Sumber Higuain, Khedira julang Juventus 

Related Posts :

0 Response to "Higuain, Khedira julang Juventus "

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.