Murid tahun enam hilang dan dipercayai lemas

BINTANGOR: Seorang pelajar lelaki Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kai Chung hilang dan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tulai, di sini kira-kira 11.30 pagi hari ini.

Difahamkan mangsa, Wong Khoon Yung, 12 terjatuh ketika cuba mengambil sebiji bola yang jatuh ke sungai itu.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Hafipi Mohd Salim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk tempatan terpaksa dihentikan jam 4.45 petang berikutan ribut dan hujan lebat.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku di sebuah jeti kecil di Jalan Dermaga itu dilaporkan oleh bapa mangsa dan usaha mencari dan menyelamat itu akan disambung pagi esok.

Mangsa sebelum itu bermain bola bersama-sama empat rakannya.

-- BERNAMA



Sumber Murid tahun enam hilang dan dipercayai lemas

Related Posts :

0 Response to "Murid tahun enam hilang dan dipercayai lemas"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect