Pendatang baru Harris Baba, mengakui sudah lali dengan golongan netizen yang gemar bercakap lucah dengannya di laman sosial Instagram (IG).
Menurut penyanyi berasal dari Singapura itu, dia turut menerima mesej peribadi daripada lelaki dan perempuan yang mahu menggodanya.
Harris Baba lali digoda dan terima mesej lucah peminat
“Pada mulanya saya terkejut menerima mesej-mesej tersebut kerana rasa pelik kerana ada juga golongan yang tidak senonoh seperti itu.
“Tetapi lama-kelamaan saya buat tak tahu dan mula merasakan mereka semua lucu.
“Sehingga kini pun masih ada yang cuba menggoda saya dengan mesej-mesej berbaur lucah tetapi saya tak layan,” katanya ketika di temui Astro Gempak baru-baru ini.
Tambah Harris dia bertuah kerana isterinya, Nik Naziha Zawawi sentiasa positif walaupun tahu tentang perkara tersebut.
“Saya ada tunjuk mesej-mesej tersebut kepada Naziha tapi dia sedikit pun tidak marah tetapi dia juga ketawa membacanya.
Sumber: Astro Gempak
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Harris Baba lali digoda dan terima mesej lucah peminat"
Post a Comment