Pengurus Pemasaran Kanan Lego Malaysia Jacob Leighton Rennison berkata ia menjadi detik bersejarah bagi syarikat itu yang belum pernah menghasilkan sesuatu binaan yang khusus berkaitan Malaysia sebelum ini.
"Perkara ini tidak selalu berlaku dalam sejarah Lego dan kami di Lego Malaysia berasa bangga kerana berjaya menyiapkannya," katanya selepas pelancaran kempen #BuildAmazingMY Lego Malaysia di Pavilion KL, hari ini.
Edisi terhad binaan mini budaya Malaysia yang terdiri daripada bunga kebangsaan, rumah kampung tradisional, wau dan ketupat, akan dikeluarkan pada setiap Sabtu mulai 27 Mei hingga 17 Jun menerusi pembelian produk Lego bernilai RM300 di kedai Toys ''R'' Us terpilih dan kedai Lego yang diperakui.Sebelum itu, beliau berkata kempen itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti membuat binaan menerusi acara ''Cities of Wonder'' dari 25 Mei hingga 4 Jun di samping pertandingan ''My Own Creation Facebook'' yang berlangsung dari 22 Mei 16 Jun.
"Kami adalah syarikat pertama di Asia yang melancarkan 'Cities of Wonders' dan saya difahamkan negara lain di Asia akan turut mengambil langkah serupa dengan mewujudkan binaan mini budaya mereka," katanya.
Beliau berkata bersempena sambutan Hari Raya, syarikat itu akan bergandingan dengan Pavilion KL untuk menganjurkan binaan mozek Lego terbesar dan mencatatkan rekod baharu Malaysia bagi mozek Lego terbesar di negara ini.
"Projek hebat ini akan dijayakan oleh peminat yang begitu bersemangat daripada komuniti Lego dalam tempoh dua hujung minggu iaitu 9 hingga 11 Jun dan 16 hingga 18 Jun," katanya.
Beliau berharap lebih banyak pihak, terutamanya ibu bapa dan anak-anak, akan hadir untuk menyertai mereka dalam acara itu.
Maklumat lanjut berkaitan kempen itu dan cara untuk menyertainya boleh diikuti menerusi Facebook Lego Malaysia di http://ift.tt/2rIXPGX dan hashtags #BuildAmazingMY #LEGOMY.
-- BERNAMA
Sumber Lego Malaysia perkenal binaan mini paparkan budaya Malaysia
0 Response to "Lego Malaysia perkenal binaan mini paparkan budaya Malaysia"
Post a Comment