Kenakan jaket berharga lebih AS$50,000, Melania Trump dikritik

SEPERTI suaminya, Donald Trump, Melania Trump, tidak dapat lari dari kritikan masyarakat, khususnya rakyat Amerika Syarikat (AS), yang sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku dan gayanya.

Justeru, apabila Melania mengenakan pakaian mewah dalam pertemuan dengan isteri-isteri pemimpin negara G7 di Sicily, Itali, dia menjadi mangsa kritikan.

Melania tiba di majlis itu dengan memakai gaun berwarna krim, dibaluti jaket bercorak flora di bahagian luar berjenama Dolce & Gabbana.

Hasil pencarian di laman sesawang mendapati harga jaket berkenaan ialah AS$51,500 (RM217,657).

Ia menimbulkan kemarahan rakyat AS, apatah lagi bekas wanita pertama AS, Michelle Obama, pernah dikritik kerana memakai pakaian berharga AS$3,000.



Kata mereka, sangat tidak adil apabila ada sesetengah media mengkritik Obama yang mengenakan pakaian yang jauh lebih murah, dan berpendapat ia adalah kerana Obama berkulit hitam.


Lebih ironik, kata netizen, bandar yang dikunjungi Melania ketika dia memakai jaket itu bukanlah sebuah bandar yang mewah dan kaya. Malah purata pendapatan isi rumah tahunan penduduk di bandar itu juga dianggarkan tidak mencecah harga jaket berkenaan.

Sumber Kenakan jaket berharga lebih AS$50,000, Melania Trump dikritik

0 Response to "Kenakan jaket berharga lebih AS$50,000, Melania Trump dikritik"

Post a Comment