BUAT peminat tegar komik adi wira terbitan Marvel, pasti anda mengharapkan filem solo buat karakter Black Widow. Harapan anda mungkin akan menjadi kenyataan!
Menurut laporan portal Variety, Marvel bakal muncul dengan filem solo buat karakter Black Widow atau Natasha Romanoff yang dilakonkan Scarlett Johansson.
Penulis skrip Jac Schaeffer telah ditugaskan untuk projek terbaharu itu.
Walaupun pembikinan filem itu masih pada peringkat awal, namun penulis skrip yang telah dipilih jelas menunjukkan filem itu bakal ditayangkan di layar perak.
Karakter Black Widow telah muncul dalam filem terbitan Marvel sebanyak enam kali termasuk siri filem Avengers dan yang bakal ditayangkan adalah sekuel siri filem tersebut, Avengers: Infinity War.
Terdahulu, setelah trailer Avengers: Infinity War dimuat naik dalam YouTube, ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penonton.
BACA: Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita
Selain berkongsi keterujaan mereka untuk menonton filem ini, ramai peminat tegar Marvel berkongsi ramalan mereka, seperti watak apa yang akan mati.
Avengers: Inifinity War bakal ditayangkan di Malaysia pada April 2018.
Sumber
Black Widow bakal ke layar perak
Related Posts :
Berat naik hampir 90kg, Zizie Izette tak pernah bimbang
Bakal melahirkan bayi kembarnya pada bila-bila masa, pelakon Zizie Izette mendedahkan beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram (kg).
Zizie… Read More...
Kakak Meghan Markle bidas komen Putera Harry
SALAH satu kenyataan yang dibuat Putera Harry baru-baru ini kelihatan tidak disenangi kakak kepada tunangnya, Meghan Markle, hinggakan Sama… Read More...
Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
GEORGETOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan sampel rambut dalam usaha mengesan penggunaan dadah di kalangan individu yang ing… Read More...
UNIC kumpul peminat, bakat baru nasyid dari Thailand, Brunei & Indonesia
KUMPULAN nasyid UNIC berjaya mengumpul peminat dan bakat baru dari beberapa negara Asia seperti Thailand, Brunei dan Indonesia dalam UNIC G… Read More...
3 mayat kembung ditemukan terapung di perairan Kudat
KUDAT: Tiga mayat dalam keadaan kembung ditemukan terapung di perairan Tanjung Malawali, Kudat, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi Khamis,… Read More...
0 Response to "Black Widow bakal ke layar perak"
Post a Comment