GEORGETOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan sampel rambut dalam usaha mengesan penggunaan dadah di kalangan individu yang ingin menyertai pasukan itu mulai 2018.
Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, kaedah itu akan diguna pakai bagi memastikan tiada penagih dadah di kalangan pegawai serta anggota polis.
'Anggota polis yang terlibat dadah ini, 25 peratus daripada mereka sudah mula mengambil dadah sebelum menyertai polis.
'Kita tidak boleh kesan sebab tidak ada mekanisme yang mantap dan kita akan berusaha dapatkan mekanisme yang mantap supaya boleh mengesannya mulai tahun 2018,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Pulau Pinang, di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.
Beliua berkata, pihaknya memandang serius masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pegawai serta anggotanya dan akan memastikan perkara itu dapat dibendung sepenuhnya pada masa hadapan.
'Selain syarat-syarat fizikal, kami juga akan nilai psikometrik, psikomotor dan sebagainya.
'Kita cuma cadangkan penggunaan teknologi rambut dan pihak pengurusan akan bincang,'' ujarnya.
Abdul Rahim berkata, sejak 2010 hingga November tahun ini, seramai 2,738 anggota polis didapati terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komesil Bukit Aman, Datuk A.Thaiveegan dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baru mengantikan Datuk Chuah Ghee Lye yang bersara wajib.
Sumber
Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
Related Posts :
Beri laluan, Raja Sehari nak lalu! Peniaga terkejut pengantin lawat pasar malam, suasana terus jadi ala kenduri kahwin – “Saya segan, isteri ajak masuk”KEBIASAANNYA pasangan pengantin akan berjalan di bawah khemah bertemu dengan para tetamu ketika kenduri kahwin.
Namun lain pula bagi sepasan… Read More...
Sarat Hamil, Kak KM Sempat Beli Kereta Mewah Warna Merah Menyala! – “Alhamdulillah, Untuk Pi Beranak”Usahawan kecantikan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil Kak KM meluahkan rasa bersyukur apabila sempat membeli sebuah kereta mewa… Read More...
Mak nak handbag besar boleh isi telekung, anak tak berkira terus beli beg jenama mahal… handphone pun tukar baharu – “Murah rezeki kita kerana doanya”TIADA apa yang membahagiakan hati seorang anak apabila melihat wajah ibu kesayangan mengukir senyuman saat mendapat kejutan yang diidam-idam… Read More...
4 Kali T4ngguh Majlis Kahwin, Pengantin Dipuji Berseri Bawa ‘P3rut’ 8 Bulan N4ik PelaminUmum mengetahui, pihak kerajaan sebelum ini tidak membenarkan buat mana-mana pengantin untuk melangsungkan majlis perkahwinan semasa Perinta… Read More...
“Ni memang last dah” – Bisnes semua tak menjadi, barang kemas dah tergadai… ibu 4 anak terpaksa lepaskan kereta mewah jalan terakhir teruskan hidupPELBAGAI jenis perniagaan telah dicuba, namun semuanya seakan tidak menjadi.
Malah lebih malang lagi, dia terpaksa membuang makanan yang sud… Read More...
0 Response to "Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM"
Post a Comment