Vokalis Panji selamat dikebumi

DUNGUN: Jenazah vokalis kumpulan Panji, Mohd Nor Husin, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Jalan Nibong, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi. 

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Norman dan popular dengan lagu Sayap Terluka dibawa ke Masjid Padang Jambu dari rumahnya di Jalan Lembah Sungai Buaya di sini, untuk solat jenazah.

Norman yang menghidap penyakit misteri meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat handai termasuk pemain bass kumpulan Panji, Hishamuddin Hassan, 45, hadir pada majlis pengebumian itu. 

Empat anak arwah Norman vokalis kumpulan Panji, (dari kiri) Nurlisa Alani, 11, Muhammad Farith Firzan, 13, Muhammad Faris Haikal, 15 dan Muhammad Fikri Farhan, 14, menyiram air dipusara ayah mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan islam Syed Yahaya, Jalan Nibong, hari ini. - Foto Rosli Ilham

Sementara itu Hishamuddin berkata, beliau sedih di atas pemergian Allahyarham yang juga masih aktif membuat persembahan walaupun menghadapi masalah kesihatan. 

Katanya, beliau bersama Wan Roszi Wan Wan Abdul Razak selaku pemain dram serta Allahyarham antara tiga anggota Panji yang masih kekal dan aktif membuat persembahan. 

"Kehilangan Norman sangat kami rasai dan arwah banyak mengajar kami untuk terus kukuh bersama Panji sejak album pertama 1993 hingga kini," katanya. 

Beliau berkata, kali terakhir beliau menemui Norman pada 23 November lalu ketika menziarahnya dan sempat menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,000 hasil kutipan konsert amal sempena Pesta Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), baru-baru ini.

"Saya sangat sedih melihat keadaan arwah ketika itu yang kurus dan tidak bermaya. Apa yang menyedihkan apabila Norman memaklumkan beliau sudah tiada harapan untuk sembuh. 

"Saya sempat memberi kata-kata semangat untuk beliau kuat dan sedaya upaya mengubati penyakitnya itu dan hari ini saya menerima berita sedih dia kembali ke rahmatullah," katanya. 



Sumber Vokalis Panji selamat dikebumi

Related Posts :

0 Response to "Vokalis Panji selamat dikebumi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect