Tukul replika Zaid, Jamal ditahan polis (VIDEO)

Paparan video menunjukkan Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) ditahan polis selepas ucapan pengulungan Perhimpunan Agung Umno. — Foto ihsan Facebook/Abd RazakPaparan video menunjukkan Datuk Seri Jamal Md Yunos (tengah) ditahan polis selepas ucapan pengulungan Perhimpunan Agung Umno. — Foto ihsan Facebook/Abd RazakKUALA LUMPUR, 9 Dis — Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis berikutan dipercayai ada kaitan dengan perbuatannya terhadap Datuk Zaid Ibrahim.

Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia itu ditahan selepas ucapan pengulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lapor Sinar Harian.

Beliau yang terkenal dengan melakukan pelbagai gimik, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Semalam Jamal bersama pengikutnya menukul replika Zaid sebagai protes terhadap kenyataan ahli DAP itu terhadap Sultan Selangor.

Gabungan NGO 1Malaysia itu mahu pihak berkuasa menangkap Zaid sebelum mereka mengambil langkah sendiri.



Sumber Tukul replika Zaid, Jamal ditahan polis (VIDEO)

Related Posts :

0 Response to "Tukul replika Zaid, Jamal ditahan polis (VIDEO)"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect