PETALING JAYA: Pengadil kebangsaan, Suhaimi Mat Hassan dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik 2017 pada Majlis Makan Malam Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya di sini, malam tadi.
Pengadil berusia 41 tahun dari Kelantan itu menyifatkan segala usaha dan penat lelahnya selama berbakti dalam dunia bola sepak sebagai pengadil berbaloi.
Beliau berkata, pengiktirafan tersebut membakar semangatnya untuk lebih berusaha bagi meningkatkan mutu pengadilan, seterusnya berharap ia akan menyumbang kepada usaha FAM dalam mengangkat martabat bola sepak negara.
"Ini adalah hari terbaik dan bersejarah dalam hidup saya dan saya sama sekali tidak menyangka dipilih sebagai Pengadil Terbaik 2017. Saya bersyukur kerana usaha saya selama ini dan sepanjang 2017 akhirnya membuahkan hasil.
"Saya akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi mutu pengadilan serta belajar kerana proses pembelajaran dalam bidang pengadilan tidak akan berakhir. Saya berazam untuk terus menunjukkan prestasi terbaik," katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, pengadil dari Perak, Mohamad Faizudin Ismail dipilih sebagai Pengadil Lelaki Berpotensi 2017 sementara anugerah Pengadil Wanita Berpotensi 2017 dimenangi Nurul Ain Izzaty Zainal dari Negeri Sembilan.
Majlis makan malam itu adalah bagi meraikan warga pengadil FAM melibatkan pengadil, penilai pengadil serta bekas pengadil, penilai pengadil dan pemimpin pengadil.
-- BERNAMA
Sumber
Suhaimi Mat Hassan Pengadil Terbaik 2017
Related Posts :
Bengang tak dapat duit, anak tetak dan libas bapa sendiri sampai matiHanya kerana permintaan untuk mendapatkan wang tidak dilayan, seorang pemuda tergamak menetak dan melibas bapa kandung dengan parang panjang… Read More...
Lelaki meninggal di Australia kerana virus, keluarga tertekan perlu cari RM80,000 bayar kos perubatan dan pengebumianKeluarga Mohammad Syahurilnal Shahrull Nizam, 27, yang meninggal dunia kelmarin akibat virus Influenza Streptococcus di The Northern Hospita… Read More...
Jokowi kecewa dah payungkan Raja Salman, tapi China yang dapat lebihPresiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo kecewa apabila mendapat tahu Arab Saudi melabur sebanyak AS$65 bilion (RM285 bilion) di China,… Read More...
Padah tidur dengan anak dara orang, remaja lelaki dipotong anunya dan dicungkil mata oleh bapa gadisSeorang bapa di Pakistan bertindak di luar batasan apabila memotong kemaluan dan mencungkil mata seorang remaja lelaki yang didakwa tidur be… Read More...
"Syuk Perosak Kumpulan Joras, Mulut Longkang..." Luahan Penonton Tentang Lawak Joras"Syuk Perosak Kumpulan Joras, Mulut Longkang..." Luahan Penonton Tentang Lawak Joras
Minggu ini Maharaja Lawak Mega telah dikejutkan denga… Read More...
0 Response to "Suhaimi Mat Hassan Pengadil Terbaik 2017"
Post a Comment