Sampai Bakul Pun Boleh Jadi Carseat?

Saya mendapat print screen dari rakan facebook mengenai bayi yang diletakkan dalam raga sebagai ganti carseat. Betapa beliau risau melihat keadaan bayi ini. Print screen ini pula didapati daripada satu page.

Cuba lihat beberapa dan mungkin banyak kesalahan lagi yang telah ibu ini lakukan dan boleh merisikokan bayi itu sendiri walaupun letak seatbelt atau raga itu muat-muat dengan kereta.

Carseat sebenarnya bukan satu pilihan tetapi ia merupakan satu kemestian bagi memastikan keselamatan si anak.

Nyawa anak ni bukan boleh ditukar ganti.

1) Bayi itu memang lihat nyenyak tidur didalam bakul itu. Tapi aspek keselamatan? Tidak dipasangkan belt pada tubuh bayi yang mana boleh merisikokan bayi tercampak sama ada keluar atau mukanya terhentak tempat duduk penumpang jika mengalami kemalangan atau si ibu/bapa tiba-tiba break kecemasan.

2) Aspek keselamatan raga itu sendiri, adakah ia diuji selamat bagi mengelak kecederaan pada anda jika ia patah semasa kemalangan atau kemampuan menampung tekanan tinggi semasa kemalangan atau impak yang kuat diberikan. Raga berpotensi untuk pecah dan pecahannya boleh mencederakan atau menusuk mana-mana organ penting.

3) Bila beg udara terbuka semasa kemalangan, anak berisiko untuk lemas apabila muka tersembam kepada penyandar tempat duduk penumpang dan impak beg udara itu juga mampu mencederakan bayi serta mematahkan tulang rusuknya.

Kenapa perlu ada carseat?
1) Mendisiplinkan anak.
2) Memberi lebih keselesaan kepada anak-anak sebenarnya jika dilatih dari awal.
3) Aspek keselamatan carseat sendiri telah diuji untuk impak tertentu.

Tidak mampu beli carseat atau carrier?
Kan boleh menyimpan atau beli prelove. Banyak sebenarnya dijual secara dalam talian.

Membazir?
Ada pula istilah membazir dalam membesarkan anak serta memastikan keselamatannya dijaga?
Jika tidak mahu simpan untuk anak seterusnya, let go kepada mereka yang kurang kemampuan untuk membeli carseat baru. Mana tahu anda pun mampu kurangkan beban keluarga lain.

Hairan sungguh. Berkereta mampu, jika kita lihat dalamannya pun macam kereta import, malahan kehamilan sendiri bukannya ekspress seolah hari ni hamil, esok dah melahirkan. Belajarlah menyimpan. Tak payah cari terlalu berjenama, titik beratkan aspek keselamatan sudahlah.

Boleh pula minta jangan kecam. Ni bukan kena kecam lagi, rasanya dia kena duduk diam2 dan hadam nasihat dari ramai orang. Jangan menyesal kemudian sudahlah.

Bel Nawhen
#SayaJururawat


Sumber Sampai Bakul Pun Boleh Jadi Carseat?

Related Posts :

0 Response to "Sampai Bakul Pun Boleh Jadi Carseat?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect