Polis terpaksa pergi ke tengah laut untuk menangkap seorang lelaki yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap kerabat Diraja Johor.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek berusia 46 tahun itu ditahan ketika sedang memancing di atas sebuah bot di Pulau Tioman, kira-kira 200km dari sini.
Lagi Individu Hina Kerabat Diraja Johor Ditahan
Penahanan dilakukan pada pukul 11 pagi Selasa.
Beliau berkata lelaki tersebut ditahan selepas dua laporan polis dibuat terhadapnya pada 28 Mei lalu.
Suspek didakwa menghina Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan rakyat Johor.
Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek memuat naik komen tersebut di laman Facebook menggunakan akaun ‘Minah Pendek’.
“Polis turut merampas dua telefon bimbit dan sim kad dari suspek,” katanya dalam satu kenyataan media.
Suspek direman untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Wan Ahmad Najmuddin turut menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap orang lain.
Sumber: Mstar
Related Posts :
(Video) 'Aku redha, sekarang tiada lagi ovari dan rahim'
Segala yang kita miliki hanyalah pinjaman dari Allah. Segala bentuk pinjaman yang ada termasuklah organ dalaman kita, pada satu masa … Read More...
Berang disindir menganggur, suami tukul kepala isteri sampai mati
Berang selalu diperli dan didesak menceraikan isteri, seorang lelaki hilang kesabaran lalu memukul kepala isterinya dengan tukul besi … Read More...
“Isteri yang tidak bekerja bolehlah dihina?” – Wanita ini terkesan bila netizen anggap isteri tak bekerja punca berlaku sebuah penceraianBaru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila seorang pemuzik bebas yang baru sahaja menikahi seorang pelakon sebagai isteri kedua telah menc… Read More...
Kaki digantung, terjun dari jarak tinggi untuk jayakan watak ini, pelakon stunt man watak Badang kecewa filem tak dapat sambutanBaru-baru ini, muncul sebuah filem adi wira tempatan yang berjudul Badang. Watak Badang yang dilakonkan oleh seorang pemilik jenama kosmetik… Read More...
Kontrak Izreen Azminda sebagai duta produk kecantikan ditamatkan
Ekoran permasalahan rumah tangga pelakon Izreen Azminda, syarikat produk kecantikan, Meeracle teah mengambil keputusan untuk menamatka… Read More...
0 Response to "Polis sanggup turun tengah lautan tangkap lelaki hina Kerabat Diraja Johor di atas bot nelayan"
Post a Comment