Vadai masala, sejenis masakan India, yang berasaskan kacang disediakan di warung Suris Krishnan di SS15 Subang Jaya, Selangor. — Foto oleh Choo Choy MayLONDON, 13 Dis ― Mengambil makanan, seperti juga asmara di ranjang, satu kegiatan yang dinikmati apabila pelbagai deria dirangsangkan.
Nikmat makanan bukan hanya di mulut, tekak, hidung atau lidah tetapi juga mata, telinga dan sentuhan, rumus seorang profesor Universiti Oxford.
Charles Spence, profesor psikologi eksperimental, terkenal dengan kajiannya tentang kerangupan bunyi kerepek kentang Pringle pada 2004.
Ujikajinya menunjukkan seseorang berasa kentang itu segar dan baru jika bunyi kerepek itu kuat ketika menggigit dan mengunyahnya.
Ia menunjukkan makanan bukan sahaja dikecapi di lidah tetapi di telinga.
Kajian ini, terbit dalam "Journal of Sensory Studies," dianggap "pelopor" dalam bidang psikologi kognitif, lapor portal The New Yorker pada 2015.
Pada tahun sama, lapor The Telegraph pula, Spence menguji 700 responden berhubung pengaruh muzik tertentu terhadap pelbagai jenis makanan.
Makanan Cina berasa lebih enak jika diambil bersama iringan muzik pop. Masakan India terasa lebih lazat dengan alunan muzik rock atau indie.
Responden diperdengarkan enam genre muzik. Muzik pop seperti nyanyian Taylor Swift atau Ed Sheeran membantu menambah selera masakan Cina yang dibungkus.
Muzik klasik pula elok didengar sewaktu menikmati masakan Itali. Manakala muzik rock menjadikan makanan anda lebih rasa berempah atau pedas.
Lagu-lagu seumpama nyanyian Simone dan Frank Sinatra bagus untuk menikmati sushi, sejenis makanan Jepun.
Hip-hop dan RnB bagaimanapun didapati tidak membawa kesan pada selera tertentu.
Profesor itu menjalankan kajian itu bawah tugasan oleh Just Eat, syarikat penyedia khidmat tempahan makanan melalui Internet.
Spageti dengan sardin, tomato dan pudina. Pasta lebih enak dimakan dalam alunan muzik klasik. ― Foto failSpageti dengan sardin, tomato dan pudina. Pasta lebih enak dimakan dalam alunan muzik klasik. ― Foto oleh Clifford A Wright/Zester Daily
Cef selebriti Heston Blumenthal antara pemilik restoran yang merujuk Spence untuk masakannya yang menerima anugerah Fat Duck di Bray, Berkshire.
Berikut lagu dan jenis masakan yang sesuai seperti kajian Spence:
1. Masakan Cina — sesuai dengan muzik pop
Taylor Swift, lagu “Blank Space”
Ed Sheeran, lagu “Sing”
2. Pasta — sesuai dengan muzik klasik
Pavarotti, lagu “Nessun Dorma”
Vivaldi, lagu “The Four Seasons”
Prokofiev, lagu “Dance Of The Knights”
3. Masakan India — sesuai dengan muzik rock atau indie
Bruce Springsteen, lagu “Dancing in the Dark”
Queen, lagu “We Will Rock You”
Guns N’ Roses, lagu “Sweet Child of Mine”
Arctic Monkeys, lagu “I Bet You Look Good on the Dancefloor”
4. Sushi — sesuai dengan jazz
Nina Simone, lagu “Feeling Good”
Frank Sinatra, lagu “One For My Baby”
Agak-agak, kalau kita makan nasi kandar, muzik apa yang dapat meningkatkan selera kita? Kalau nasi dagang atau nasi kerabu, muzik apa yang sesuai?
Sumber Rasa lebih pedas jika dengar lagu rock
0 Response to "Rasa lebih pedas jika dengar lagu rock"
Post a Comment