Datuk Zaid Ibrahim (tengah) memberi keterangan di Bukit Aman ditemani beberapa pemimpin DAP, 13 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/Lim Lip EngKUALA LUMPUR, 13 Dis — Anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim, hari ini hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kenyataan yang dibuat di laman Twitter pada 5 Dis lepas.
Zaid tiba kira-kira 9.30 pagi bagi memberi keterangannya kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama 30 minit dan dilihat meninggalkan perkarangan kira-kira jam 11 pagi.
Zaid, yang juga pengamal undang-undang, ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan itu berkata siasatan adalah berkisarkan ‘tweet’ beliau pada 5 Dis lepas, yang menurutnya adalah pandangan peribadinya.
“Namun, saya berpuas hati dengan siasatan tadi dan menunggu keputusan mereka,” katanya.
Zaid menerusi twitter mempertikaikan titah Sultan Selangor yang antara lainnya menegur bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis. — Bernama
Sumber Pertikai titah sultan, Bukit Aman panggil Zaid
0 Response to "Pertikai titah sultan, Bukit Aman panggil Zaid"
Post a Comment