KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan menghantar wakil bagi Perhimpunan Solidariti dalam memperjuangkan nasib rakyat Baitulmaqdis di Palestin di Masjid Putra pada 22 Disember ini.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata ini kerana pihaknya tidak menerima apa-apa jemputan rasmi untuk menyertai perhimpunan ini.
"Kalau betul-betul serius, panggillah pemimpin kami, (Pakatan Harapan) bermesyuarat mengenai perkara ini.
"Setakat ini, kami tidak menerima sebarang bentuk jemputan," kata Salahuddin.
Walaupun Amanah tidak akan menghadiri perhimpunan tersebut, Salahuddin menyatakan bahawa pihaknya sentiasa memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.
"Dalam hal ini, (isu pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel) kami komited mempertahankan rakyat Palestin.
"Malah, sejak dari mula isu ini timbul, kami sudah menghantar memorandum dan mengemukakan bantahan berhubung perkara ini," tegas Salahuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kesemua pemimpin dari mana-mana parti politik menyertai Perhimpunan Solidariti dalam memperjuangkan nasib rakyat Baitulmaqdis di Palestin.
Menurut beliau, perbezaan agama serta fahaman politik harus diketepikan pembangkang dalam memperjuangkan isu ini demi mempromosikan keamanan bersama.
Sumber
Perhimpunan Solidariti: "Tiada wakil dari Amanah" - Salahuddin
Related Posts :
Teori Ekonomi Imam al-Ghazali
Sebut saja nama Imam al-Ghazali, pasti ramai maklum akan kemahsyurannya sebagai seorang ahli teologi, filsuf dan ahli tasawuf. Dan antara k… Read More...
Bukan Saya Nak ‘Kecam’ Tapi Bila Tengok Perempuan Pakai Tudung Atau Shawl Selempang Ala Kadar Ke Ba, Rasa Macam nak.. – Makcik Bawang
Wahai Hawa, Islam tak pernah pun larang nak pakai shawl ke, shell ke, tudung bawal ke, siakap ke, ikan buntal ke, anak itik tok wi mandi … Read More...
Perdana Menteri ugut hentikan produk Perancis jika Paris terus sekat minyak kelapa sawit
MALAYSIA akan menggubal undang-undang menyekat import produk-produk dari Perancis sekiranya negara itu tidak menarik balik rancangan meny… Read More...
‘Kau Je Terlebih Mengada..’ – Salahkan Netizen Susu Badan Kurang, Almy Nadia Dihentam Balik 'Tentera Bawang'?
Kalau sebelum ini, Almy Nadia pernah dibandingkan fizikal tubuh badannya ketika anak dara dahulu. Tidak tahan sering dikritik, pelakon it… Read More...
Ibubapa Mesti Ambil tahu, Ini Cara Betul Simpan Makanan Dan Ubat Dalam Peti Sejuk
Bila dah dicuci bersih, langkah seterusnya adalah cara penyimpanan. Pastikan simpanan bahan dalam peti sejuk dilakukan dengan tertib yang… Read More...
0 Response to "Perhimpunan Solidariti: "Tiada wakil dari Amanah" - Salahuddin"
Post a Comment