Bukan Saya Nak ‘Kecam’ Tapi Bila Tengok Perempuan Pakai Tudung Atau Shawl Selempang Ala Kadar Ke Ba, Rasa Macam nak.. – Makcik Bawang
Wahai Hawa, Islam tak pernah pun larang nak pakai shawl ke, shell ke, tudung bawal ke, siakap ke, ikan buntal ke, anak itik tok wi mandi dalam kolam ke. Terpulanglah. Asalkan menutup aurat, labuh menutup dada.
Sedar tak, inilah permainan Iblis laknatullah. Liciknya Iblis Syaitan (termasuk orang kafir), akan sentiasa cari jalan bagaimana mahu sesatkan anak Adam. Tak kaum Adam, ditujunya pula kepada kaum Hawa. Plan A tak menjadi, diganti Plan B dan begitulah seterusnya.
Lihat dalam masalah aurat, tak pernah habis isunya. Bila syariat melarang jangan berpakaian begini, dia buat pula begitu.
Firman Allah SWT:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya ke dadanya.
[Surah an-Nur: 31]
Menurut Tafsir Ibnu Kasir, Al-khumur (خُمُرِ) adalah bentuk jamak dari khimar, ertinya kain tudung yang dipakai untuk menutupi kepala (Apa jua alat alat yang boleh dipakai untuk menutup kepala, dan sebaik-baiknya ialah kain). Atau dikenali dengan sebutan muqani’ (مقنع), iaitu apa yang menutup kepala wanita.
Sa’id Ibnu Jubair telah mengatakan berkenaan dengan makna firman Allah SWT di atas, maknanya menutupi bahagian leher dan dadanya. Maka tidak boleh ada sesuatu pun dari bahagian tersebut yang nampak.
Kalimah Juyub (جُيُوبِ) pula bermaksud belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian atau baju.
Nah, al-Quran dan al-Hadis dah sebut lama benda ni. Malah ulama’ juga menerangkan dengan jelas daripada dalil qat’ei di atas betapa wajib seorang wanita muslim menutup tengkuk, belahan dada, dan dadanya juga menggunakan kain tudung.
Jangan bagi alasan kain tak cukup tau. Haa, gedung yang menjual kain serta pakaian wanitalah yang paling banyak dalam dunia ini. Malah kuasa membeli wanita lebih tinggi terutamanya dalam industri pakaian.
Lihatlah statistik ini.
Fashionunited melaporkan global fashion industry dimonopoli pakaian wanita:
• Value of of the menswear industry: 402 billion dollars
• Value of the womenswear industry: 621 billion dollars
Tak nak pakai kain tudung tutup dada konon nak hipster? Tutup guna guni bawang kedai runcit. Siap pakej bau bawang lagi.
Jadi, bermula hari ini tukarlah cara pakai supaya lebih selari dengan syariat. Kita tak mahu ibu, isteri, anak perempuan, adik beradik perempuan, mak cik termasuk dalam golongan ahli neraka sebagaimana Rasulullah SAW sebutkan ini:
عن ابن عباس وعمران بن الحصين عن النبي ﷺ قال: اطلعت في الجنة فرأيت أكثر أهلها الفقراء، واطلعت في النار فرأيت أكثر أهلها النساء
Daripada Ibnu Abbas r.a dan Imran bin Husain r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Aku telah dibawa melihat ke Syurga lalu ku dapati kebanyakan ahlinya adalah orang fakir, aku telah dibawa ke neraka, lalu ku dapati kebanyakan ahlinya adalah wanita.”
[Hadis Riwayat Bukhari, no.3241 dan riwayat Muslim, no.2737]
Allahhu Rabbi, takutkan? Semoga terjauhlah daripada golongan ahli neraka. Jauh sejauhnya.
Ini sebuah pesan, bukan kecaman. Tolong share pesan ini kepada semua kaum hawa yang boleh baca tulisan ni. Tolong ya.
Follow (Set See First) Farid Rashidi untuk terus mendapatkan perkongsian penulisan bermanfaat dan info agama dari semasa ke semasa. InsyaAllah.
Sumber : Farid Rashidi via Mingguan Wanita
Sumber Bukan Saya Nak ‘Kecam’ Tapi Bila Tengok Perempuan Pakai Tudung Atau Shawl Selempang Ala Kadar Ke Ba, Rasa Macam nak.. – Makcik Bawang
0 Response to "Bukan Saya Nak ‘Kecam’ Tapi Bila Tengok Perempuan Pakai Tudung Atau Shawl Selempang Ala Kadar Ke Ba, Rasa Macam nak.. – Makcik Bawang"
Post a Comment