MUNICH: Polis Jerman meleraikan pergaduhan beramai-ramai selepas lebih 60 penyokong Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) bertempur di stesen kereta api utama di sini menjelang aksi Liga Juara-Juara.
Seorang peminat Perancis terpaksa dirawat berikutan kecederaan kepala selepas timbul pergaduhan pada lewat malam semalam dengan penyokong memakai topeng kepala dan dipisahkan polis menggunakan kayu baton.
Sekitar 30 penyokong PSG disoal oleh polis Munich manakala tiga peminat Bayern didapati membawa senjata dan ditahan dengan tuduhan menyerang.
Dianggarkan lebih 4,000 penyokong PSG datang menyaksikan perlawanan berkenaan dan sudah pun diberikan amaran oleh pihak berkuasa mengenai kemungkinan berlakunya risiko keganasan.
Kedua-dua kelab sudah mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir dan pertembungan di Allianz Arena menyaksikan Bayern memerlukan kemenangan sekurang-kurangnya 4-0 untuk menamatkan saingan selaku juara kumpulan.
Bayern sebelum ini tewas 0-3 kepada PSG pada aksi pertama di Paris, September lalu. - AFP
Sumber Penyokong PSG, Bayern bergaduh
0 Response to "Penyokong PSG, Bayern bergaduh"
Post a Comment