Keputusan itu dibuat tidak sampai seminggu selepas dia mengumumkan mengenainya.
Menurut penyanyi dan penulis lirik dari New Zealand yang berusia 21 tahun itu, dia menerima "begitu banyak mesej dan surat" yang mendorong dia membuat keputusan membatalkan konsert di negara tersebut.
Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev, dalam pada itu meminta Lorde mempertimbangkan semula keputusan tersebut, manakala penyokong pro-Israel bertindak mengecamnya di media sosial.Terdahulu, beberapa artis lain juga telah membatalkan persembahan mereka di Israel, antaranya Elvis Costello, Lauryn Hill dan Gorillaz.
Lorde yang hadir dengan album terbaharunya "Melodrama" sebelum ini dilapor pernah berbual dengan pengkritik di media sosial selepas mengumumkan dia bakal mengadakan konsert di Israel.
Menurut Lorde di akaun Twitter, dia telah mendengar nasihat mengenai situasi politik yang berbangkit dan akan "mempertimbangkan semua pilihan".
Sumber Penyanyi New Zealand batal konsert di Israel sempena kempen boikot
0 Response to "Penyanyi New Zealand batal konsert di Israel sempena kempen boikot"
Post a Comment