Kajian menunjukkan wanita Malaysia mendapat lebih satu peratus diskaun daripada pembeli lelaki, dengan purata 18 peratus, selepas tawar-menawar. — Foto AFPKUALA LUMPUR, 25 Dis — Lebih ramai lelaki Malaysia suka tawar-menawar tetapi pembeli wanita lebih berjaya mendapat potongan harga, menurut satu kajian.
Kira-kira 45 peratus lelaki suka berbuat demikian berbanding hanya 37 peratus wanita di negara ini, menurut syarikat kod diskaun internet Picodi.
Namun kajian itu menunjukkan wanita mendapat lebih satu peratus diskaun daripada pembeli lelaki, dengan purata 18 peratus, selepas tawar-menawar.
Tinjauan “Cultural sentiments towards haggling — Product negotiations around the world” dijawab 1,700 pengguna di 44 buah negara.
Warga Malaysia tawar-menawar tambang teksi, harga sewa dan perabot. Kira-kira 101 peratus menawar tambang teksi, sewa (93 peratus) dan perabot (79 peratus).
Lelaki dan wanita suka meminta diskaun untuk pakaian (masing-masing 14 dan 17 peratus) serta kereta (masing-masing 12 dan 9 peratus).
Bagi perkhidmatan, lelaki suka tawar-menawar ketika servis kereta (26 peratus), membaiki rumah (25 peratus) dan tambang teksi (22 peratus).
Wanita pula lebih suka berunding harga telefon (10 peratus), rumah (9 peratus) dan pembersihan (7 peratus).
Baca seterusnya di Malay Mail.
Sumber Lelaki Malaysia suka menawar tapi wanita dapat lebih
0 Response to "Lelaki Malaysia suka menawar tapi wanita dapat lebih"
Post a Comment