Ramai usahawan mula berbisnes dengan cara betul. Bagaimanapun, di tengah jalan mereka hilang tumpuan, kurang produktif dan bisnes menjadi perlahan. Sebahagian simtom yang menggagalkan bisnes berpunca dari lima penyakit ini.
Jumlah perniagaan gagal memang tinggi. Itu fakta yang semua orang tahu. Kajian di merata tempat terutamanya di negara Barat, membuktikan kebenaran fakta itu.
Data dari UK dan Amerika memberikan peratus kegagalan sebanyak 50% untuk tempoh 5 tahun pertama berniaga. Namun makin hari peratusan kegagalan makin berkurangan sekarang.
Mungkin para usahawan sudah mula ada kesedaran dan lebih bersedia sebelum terjun masuk dalam dunia perniagaan. Ertinya, data itu boleh kita ubah dan kurangkan lagi peratusan kegagalan dalam perniagaan
#1-Menghabiskan Terlalu Banyak Masa Di Internet
Mereka gagal menahan nafsu untuk semak Facebook dan Twitter sepanjang masa. Kegilaan berkongsi kesemua pergerakan di media sosial juga bukanlah sesuatu yang baik.
Ada yang baru berbisnes, tetapi berkongsi tips bisnes pada setiap langkah. Buat sikit, update Facebook. Melangkah setapak, update Twitter. Oleh kerana asyik nak update tips di media sosial, akhirnya mereka hilang tumpuan kepada bisnes.
Penyakit ini sukar dibendung kerana usahawan merasakan bahawa laman sosial mempunyai pengikut dan pengaruh yang kuat terhadap produk yang dijual mereka. Tetapi harus diingat, ketagih laman sosial sehingga urusan penting yang lain terabai adalah salah satu titik kejatuhan anda dalam perniagaan.
#2-Menjatuhkan Harga Dengan Kerap
Ini ramai yang buat. Lawan harga sampai akhirnya jadi macam cerita P Ramlee, kasi free semua benda. Perkara melibatkan harga akan meuncing jika anda tidak mengawal diri daripada terjebak dengan amalan sebegini iaitu kerap menjatuhkan harga untuk tarik pelanggan.
Jangan terlalu takut untuk tetapkan harga yang berpatutan. Harga mestilah samada sama dengan pesaing atau lebih mahal. Murah perlu dibuang dari minda selagi anda masih tergolong dalam kategori belum kaya raya.
#3-Melayan Pelangan Dengan Tidak Berhemah
Gagal melayan pelanggan termasuk dalam bab melayan pelanggan dengan cara yang buruk macam seorang yang sombong tapi ada hati nak berniaga.
Sebenarnya ini merupakan salah satu cara untuk bezakan anda dengan orang lain. Kita namakannya sebagai sentuhan peribadi.
Kalau produk atau servis anda sama macam orang lain dan tak jumpa jalan bagaimana nak bezakan dari segi produk atau servis, anda boleh bezakan dengan layanan istimewa supaya pelanggan balik tidur tak lena.
Jangan pamerkan emosi tidak stabil anda ketika urusan jual beli berlangsung kerana ianya akan memberi impak negatif kepada pelanggan. Peniaga yang berjaya menyembuyikan ketidak selesaan emosinya pasti akan menarik lebih ramai pelanggan untuk mendekatinya.
#4-Menjawab Emel Serta-Merta
Trend perniagaan pada hari ini lebih menggunakan medium whatsApp, emel dan SMS untuk mengendalikan urusan jual beli kerana ia lebih jelas dan butiran yang di sampaikan adalah dalam bentuk hitam putih.
Bahananya ialah mesej seperti WhatsApp, emel dan SMS tiba serta-merta. Apabila kita menghadap smartphone sepanjang masa, tumpuan kita terjejas. Cara terbaik ialah menjadualkan masa membalas emel atau WhatsApp.
Contoh, sewaktu rehat atau sebelah petang diperuntukkan untuk membalas email atau watsupp kecuali ianya adalah sesuatu yang mendesak. Sekiranya tidak, usah balas cepat-cepat. Masih ada perkara lain yang penting yang memerlukan komitmen masa anda dahulu.
#5-Mengelak Berhadapan Dengan Situasi Mencabar
Ketika menjalankan perniagaan, seorang usahawan akan melalui zaman yang boleh disebut sebagai ‘zaman gelap’. Zaman gelap merupakan fasa yang mencabar setiap aspek pada diri seorang usahawan.
Zaman gelap biasa berlaku di peringkat awal perniagaan, iaitu ketika sebuah entiti perniagaan masih mencari rentak dan belum stabil.
Hadapi situasi tersebut walau bagaimana sukar sekali pun. Dengan cara ini, ia dapat ditangani segera dan tanpa bertangguh. Perbuatan menangguhkan berhadapan dengan situasi mencabar hanya menjadikan ia berlarutan, sekaligus menjejaskan tumpuan kita kepada bisnes.
Memang baru berniaga kita kurang pengalaman. Tak perlu rasa rendah diri untuk mengaku kurang pengalaman. Tapi ada orang yang sombong rasakan dia betul dan tidak mahu dengar pandangan orang. Mendengar pandangan tidak semesti perlu menerimanya.
Sumber Penyakit 5M Usahawan Mesti Elak Jika Hendak Berjaya
0 Response to "Penyakit 5M Usahawan Mesti Elak Jika Hendak Berjaya"
Post a Comment