Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

Seorang pelajar kolej maut dalam keadaan ‘sujud’ di atas kubur selepas motosikal ditunggang terbabas masuk ke kawasan perkuburan di Jalan Lendu, Air Paabas di sini, malam tadi.

Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19, dikatakan maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik  negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa yang juga pelajar kolej di kawasan berhampiran dipercayai menunggang dari arah Air Paabas menghala ke Lendu.

“Sebaik sahaja sampai di lokasi, motosikal ditunggangnya dipercayai gagal dikawal lalu terbabas di kiri jalan dan melanggar pagar kawasan perkuburan sebelum tercampak di atas salah satu kubur.

 

“Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar



Sumber Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur

Related Posts :

0 Response to "Pelajar kolej maut motosikal terbabas masuk ke tanah perkuburan, mayatnya ditemui sujud di atas kubur"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect