'Penumpang haram' dalam pesawat

LOS ANGELES: Sebuah penerbangan yang dijadual ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles gara-gara ada 'penumpang haram' dalam pesawat itu.

All Nippon Airways (ANA) dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu berlepas dari Los Angeles pada jam 11.36 pagi (waktu tempatan) menuju ke Lapangan Terbang Narita, Tokyo tetapi berpatah balik ketika berada di Lautan Pasifik sebaik anak kapal menyedari berlaku kekeliruan.

Ia mendarat semula di Los Angeles pada jam 7.33 malam, kata syarikat penerbangan itu.

Model terkenal, Chrissy Teigen dan suaminya, seorang penyanyi, komposer dan pelakon, John Legend turut berada dalam pesawat terbabit.

Stesen televisyen Los Angeles, KTLA berkata, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menemubual penumpang dan agensi itu menerima laporan kemungkinan ada 'penumpang haram' di atas pesawat berkenaan tetapi tiada tangkapan dibuat.

Setakat ini, FBI belum memberi sebarang maklum balas berhubung insiden itu. ANA juga sedang menyiasat kejadian itu. - REUTERS



Sumber 'Penumpang haram' dalam pesawat

Related Posts :

0 Response to "'Penumpang haram' dalam pesawat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect