PUTRAJAYA: Dua anggota polis trafik yang sedang memberi bantuan kepada sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di kawasan susur masuk berhampiran Hotel Sama-Sama, Sepang dekat sini, cedera setelah kenderaan tersebut dirempuh kenderaan lain dalam satu insiden awal pagi ini.
Kedua-dua anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu iaitu Lans Koperal Suzaili Mohd Marzuki, 31, dan Lans Koperal Abd Mutalib Ismail, 40, cedera di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu.
Menurut jurucakap polis, kereta yang mengalami kerosakan itu dirempuh dari belakang oleh sebuah van yang menyebabkan kereta itu maju ke hadapan dan terkena dua anggota polis trafik berkenaan.
Jurucakap polis itu berkata pemandu van tersebut telah ditahan untuk siasatan.
Kedua-dua anggota polis trafik berkenaan dirawat di Hospital Putrajaya. Keadaan mereka dilaporkan stabil.
--BERNAMA
Sumber
Dua anggota polis trafik cedera dirempuh ketika bantu kereta rosak
Related Posts :
[VIDEO] “Siapa ada urusan hutang dengan arwah, hubungi saya” – Didie AliasKUALA LUMPUR: Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah … Read More...
[VIDEO] ‘Beli Katil Hampir RM10K, Kualiti Ta*k’ – Rozita Che Wan Kecewa Dengan Perabot LokalAktres jelita, Rozita Che Wan marah dan kecewa katil yang dibeli dari penjual tempatan tidak berkualiti.
Produk local
Menerusi video yang d… Read More...
Gelar Diri ‘Daddy’, Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong Setelah 4 Bulan Bercerai?
Penyanyi kumpulan Ruffedge, Cat Farish khabarnya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin… Read More...
[VIDEO] Bella Semakin Ceria, Netizen Gembira -‘Alhamdulillah, Badan Sihat & Bertambah Comel’Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down diken… Read More...
Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino, ibu buat laporan polisIBU kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil, 47, tampil membuat laporan p0lis selepas seorang peminat anaknya itu membuat ugutan… Read More...
0 Response to "Dua anggota polis trafik cedera dirempuh ketika bantu kereta rosak"
Post a Comment