SEBELUM ini, dunia pernah mengenali Thylane Blondeau, peragawati muda dari Perancis yang dinobatkan pengguna laman sosial sebagai kanak-kanak paling cantik, sewaktu awal kemunculannya kira-kira 10 tahun lalu.
Kini, netizen sudah menemui pengganti Blondeau untuk gelaran tersebut. Si cilik itu ialah Anastasia Knyazeva dari Russia.
Pada usia enam tahun, Knyazeva sudah memiliki lebih 500,000 pengikut di laman sosial Instagram, yang kini diuruskan ibunya, Anna.
Anna kerap memuat naik foto Knyazeva dari pelbagai sesi fotografi, dan gambar-gambar itu akan dibanjiri ratusan, malahan ribuan komen yang memuji kecantikan Knyazeva.
Ia bukan sesuatu yang pelik kerana dengan sepasang mata bundar berwarna biru, Knyazeva, kata netizen, tidak ubah seperti 'anak patung hidup'.
Knyazeva kini diwakili agensi peragaan President Kids Management dan sering dipilih untuk mewakili jenama fesyen terkemuka di Russia, antaranya Amoreco and Kisabiano, selain terpilih menjadi wajah jenama pakaian mewah kanak-kanak, Little Miss Aoki.
Ramai berpendapat Knyazeva tidak lama lagi akan menerima perhatian yang sama seperti Blondeau, kini 16 tahun, yang mula memperaga untuk jenama fesyen terkenal seperti Jean Paul Gaultier dan Dolce & Gabbana, seawal usia enam tahun.
Sumber
Lebih 500,000 pengikut di Instagram, si cilik enam tahun diiktiraf 'kanak-kanak tercantik dunia'
Related Posts :
Koleksi Gambar Anak Kandung Cristiano RonaldoKoleksi Gambar Anak Kandung Cristiano Ronaldo
Pemain bola hebat, Cristiano Ronaldo merupakan antara nama besar ketika ini selain Lionel Me… Read More...
Video lelaki tendang isteri dalam pantang jadi viral, mangsa enggan buat laporanVideo lelaki tendang isteri dalam pantang jadi viral, mangsa enggan buat laporan
Rakaman video seorang lelaki dayus yang sanggup mene… Read More...
Dihalang ke luar negara jika burukkan kerajaan, Afdlin Shauki tegur ‘pak menteri’Dihalang ke luar negara jika burukkan kerajaan, Afdlin Shauki tegur ‘pak menteri’
Menurut laporan The Star baru-baru ini, sesiapa sah… Read More...
Janda bawa anak tawar khidmat seks menangis bila diserbu penguatkuasaJanda bawa anak tawar khidmat seks menangis bila diserbu penguatkuasa
Seorang ibu tunggal dikesan membawa anak lelaki berusia dua t… Read More...
“Kalau saya salah, siasatlah” – Jejai jawab tuduhan ganggu, ceroboh rumah Fasha Sandha“Kalau saya salah, siasatlah” – Jejai jawab tuduhan ganggu, ceroboh rumah Fasha Sandha
Ahli perniagaan iaitu Rizal Ashram Ramli meminta aga… Read More...
0 Response to "Lebih 500,000 pengikut di Instagram, si cilik enam tahun diiktiraf 'kanak-kanak tercantik dunia'"
Post a Comment