Perhimpunan Agung Umno di PWTC mendorong sebahagian syarikat pengendali parkir kenderaan menaikkan kadar sehingga dua kali ganda. — Foto oleh Miera ZulyanaKUALA LUMPUR, 6 Dis — Kadar parkir kenderaan naik tiga hari berturut-turut berikutan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017.
Petugas PAU dikenali sebagai Kamal terkejut kerana medan kereta sekitar PWTC, lokasi perhimpunan itu, naik dua kali ganda harga asal, lapor Utusan Online.
“Bayangkanlah, hari pertama RM6, hari kedua RM15 dan hari ini RM20. Saya terpaksalah bayar memandangkan parkir itu sahaja yang tinggal.” katanya.
Syarikat pengendali parkir dikatakan hanya memberi alasan “itu harga semalam bukan hari ini” apabila Kamal mempertikai kadar tersebut.
Pengamal media dikenali sebagi Farah pula terpaksa membayar RM25 setiap kali parkir walau kedudukan parkir jauh dari PWTC.
Sumber Kadar parkir sekitar PTWC naik tiga hari berturut
0 Response to "Kadar parkir sekitar PTWC naik tiga hari berturut"
Post a Comment