ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, hari ini menyifatkan Israel sebagai 'negara penceroboh' yang menggunakan 'keganasan' terhadap penduduk Palestin.
Erdogan meningkatkan kecamannya terhadap keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan menggesa persidangan negara Islam diadakan pada 13 Disember ini di Istanbul.
"Israel negara penjajah. Kini mereka menggunakan keganasan dan mengebom penduduk muda dan kanak-kanak," kata Erdogan dalam ucapan di Istanbul, merujuk kepada pencerobohan Israel di Tebing Barat dan pembinaan penempatan.
Erdogan menggambarkan Baitulmaqdis sebagai 'kesayangan' dan 'batas kesabaran' umat Islam.
Katanya, keputusan AS adalah batal dan tidak sah bagi Ankara.
"Trump mahu meneruskan langkah dengan berkata 'saya sudah lakukan, ia sudah berakhir!'. Maaf tetapi ...gagah tidak memberikan kamu hak seumpama itu.
"Pemimpin negara besar ada misi untuk mewujudkan keamanan. Bukan mencetuskan konflik," katanya. - AFP
Sumber Israel 'negara penceroboh' - Erdogan
0 Response to "Israel 'negara penceroboh' - Erdogan"
Post a Comment