Hantar segera keperluan kampung

KUALA TERENGGANU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meminta pemimpin di semua parlimen, menghantar senarai keperluan projek pembangunan di kawasan kampung sebelum pertengahan Januari 2018.

Menteri KKLW, Datuk Seri Ismail Sabri, berkata senarai itu bertujuan mengenal pasti keperluan rakyat di kawasan luar bandar dengan lebih cepat supaya projek pembangunan dapat dijalankan seawal Febuari 2018.

Katanya, antara keperluan yang perlu disenaraikan adalah projek lampu jalan, projek jalan kampung dan projek kemudahan awam seperti penambahbaikkan surau serta pembinaan pagar kubur.

"Kita akan laksanakan dengan segera pemasangan lampu jalan kampung dan penambahbaikkan kemudahan awam.

"Sebaik sahaja kementerian memproleh bajet seperti yang diumumkan kerajaan melalui pembentangan Bajet 2018 lalu, kita akan segera melaksanakan segera projek kecil yang hanya boleh disiapkan dalam masa sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Lampu Jalan Kampung di Kampung Kesom, yang dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di sini, hari ini

Ismail berkata, pemimpin akar umbi terutama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) boleh memohon pemasangan lampu jalan di kawasan kampung mereka dan kosnya ditanggung kerajaan.

"Tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM70 juta bagi menanggung bil eletrik lampu jalan di kawasan kampung seluruh negara," katanya.

Selain itu, beliau berkata, KKLW membelanjakan RM245 juta bagi membiayai pemasangan 317,000 unit lampu jalan kampung bagi tempoh Rancangan Malaysia Kelapan hingga ke-11," katanya.



Sumber Hantar segera keperluan kampung

Related Posts :

0 Response to "Hantar segera keperluan kampung"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect