'Navalny tak layak'

MOSCOW: Pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, disekat bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan kerana dikatakan tidak layak berikutan rekod jenayah lampaunya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Russia, yang mengundi hari ini berkata, hari ini, sabitan jenayah itu bermaksud Navalny tidak layak bertanding untuk merebut jawatan presiden, Mac depan.

Seramai 12 daripada 13 anggota suruhanjaya mengundi menghalang Navalny, manakala seorang lagi mengundi sebagai berkecuali.

Pemimpin pembangkang itu berulang kali berkata, sebarang usaha untuk menyekat beliau daripada bertanding adalah bersifat politik.

Navalny, 41, pernah dipenjara sebanyak tiga kali tahun ini kerana berulang kali menganjurkan pertemuan dan perhimpunan awam yang melanggar undang-undang.

Sementara itu, Putin dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kedudukannya walaupun bakal dicabar beberapa pemimpin pembangkang. - REUTERS



Sumber 'Navalny tak layak'

Related Posts :

0 Response to "'Navalny tak layak'"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect