Perhimpunan agung PPBM Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya buat pertama kali di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada 30 Disember ini.

Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata ia akan dihadiri barisan kepemimpinan parti itu, selain Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan ahli perwakilan dari 137 bahagian PPBM di seluruh negara, yang sudah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Katanya, notis perhimpunan berkenaan sudah dihantar kepada ahli perwakilan yang layak hadir mengikut peraturan persidangan diluluskan Majlis Kepemimpinan Tertinggi PPBM.

"Pada 21 November lalu, kita mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah ROS (Surayati Ibrahim) untuk mendapatkan nasihat dan panduan mengenai kaedah pelaksanaan perhimpunan agung tahunan.

"Ini kerana menurut perlembagaan PPBM, perwakilan yang dikehendaki menghadiri perhimpunan agung tahunan, antaranya terdiri daripada perwakilan yang dipilih dalam persidangan tahunan bahagian.

"Persidangan terbabit pula perlu dihadiri oleh perwakilan dari cawangan dalam bahagian berkenaan.

"Kita sudah jelaskan kepada ROS bahawa tarikh paling awal bahagian PPBM menerima sijil pendaftaran penubuhan daripada ROS ialah pada 24 Julai 2017.

"Ini bermakna semua bahagian PPBM di seluruh negara masih belum cukup tempoh setahun penubuhannya dan menurut perlembagaan PPBM, parti ini masih belum boleh mengadakan persidangan bahagian masing-masing," katanya menerusi laman Instagram media rasminya, mukrizmahathirfc, malam ini.

Pada 25 November lalu, BH melaporkan banyak pengecualian yang dimohon PPBM kepada ROS, bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.

Surayati dipetik berkata, berdasarkan surat permohonan PPBM yang diterima 23 November lalu, banyak cadangan pengecualian bertentangan dengan akta berkenaan serta perlembagaan parti itu sendiri.



Sumber Perhimpunan agung PPBM Sabtu ini

Related Posts :

0 Response to "Perhimpunan agung PPBM Sabtu ini"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect