Chaleeda Gilbert optimis lakar nama di Malaysia

KUALA LUMPUR: Melakar nama sebagai artis antarabangsa pertama menaungi label tempatan, Rocketfuel Entertainment, Chaleeda Gilbert, optimis memulakan langkah menerusi single, Mind Over Matter ciptaan penyanyi rap, SonaOne.

Gadis berdarah kacukan Thailand-Inggeris berusia 16 tahun itu berkata, sebelum menaungi Rocketfuel Entertainment, dia menerima pelbagai tawaran daripada syarikat rakaman lain terutama di negara kelahirannya.

Bagaimanapun, semua tawaran itu dilepaskan Chaleeda kerana mereka tidak memahami hala tujunya dalam muzik, selain tidak memberinya peluang meneroka bakat dengan bebas.

"Berbeza Rocketfuel Entertainment yang sentiasa menyokong usaha penggiat muzik muda seperti saya. Sebaik mereka membentangkan perancangan, saya tanpa bertangguh memberikan kata persetujuan kerana peluang ini sudah lama saya tunggu.

"Mereka juga memiliki tenaga kerja profesional dalam mengendalikan aktiviti seni, malah melayan saya seperti keluarga sendiri. Sokongan yang diberikan juga tidak berbelah-bahagi membuatkan saya tidak menyesal berada di sini," katanya.

Bakat yang dicungkil menerusi YouTube ini terlebih dulu muncul dengan single dalam bahasa Thai, Ready For Love, kerjasamanya dengan penyanyi rap terkemuka Thailand, Twopee.

Diterbitkan label sama pada Ogos lalu, lagu itu mencatat kejayaan besar apabila meraih 1.5 juta tontonan selepas beberapa hari dilancarkan di YouTube.

"Ready For Love lebih kepada memperkenalkan nama saya sebagai artis baharu, selain membawa saya keluar daripada imej keanak-anakan yang sudah sebati dengan peminat. Mind Over Matter pula tampil lebih matang, bersesuaian dengan usia saya yang meniti alam remaja.

"Single ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan dan mengungkap tema cinta tanpa sempadan," katanya yang memulakan kerjaya seni sejak di usia 11 tahun serta pernah menganggotai kumpulan remaja wanita popular Thailand, Tweenie 90's

Chaleeda yang meminati artis antarabangsa seperti Drake, Rihanna, August Alsina dan Melanie Matinez turut menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya, malah tidak berasa asing sepanjang berada di sini menjayakan aktiviti promosi.



Sumber Chaleeda Gilbert optimis lakar nama di Malaysia

Related Posts :

0 Response to "Chaleeda Gilbert optimis lakar nama di Malaysia"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect