KULIM: Hasrat seorang ibu dan anak untuk membeli makan malam berakhir tragedi apabila dua beranak ini maut dalam kemalangan jalan raya malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.29 malam itu, mangsa Dinesh Elumalai, 19 tahun, yang menunggang motosikal jenis SYM membawa ibunya Vannie Ramoo, 57 tahun, dari arah Padang Serai menghala ke Sungai Karangan untuk membeli makanan buat bapanya.
Setiba di lokasi kejadian, mangsa cuba memotong kereta di hadapan namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori tiga tan yang datang dari arah bertentangan.
Akibat rempuhan, Dinesh terperosok di bawah lori manakala ibunya Vannie melambung ke bahu jalan kira-kira 5 meter sebelum terjatuh di hadapan lori tersebut.
Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selain patah tengkuk.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar, polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber
Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut
Related Posts :
Doktor dedah budak baru 15 tahun dah HIV positif, bila ditanya mana belajar dia kata “senang je, cari kat tumblr”
Sebut sahaja perkataan ‘Tumblr’ kita bukan lagi terbayang ianya adalah satu media sosial seumpama Facebook, Twitter dan beberapa lagi laman… Read More...
Reputasi Tercalar, Afifah Nasir Hilang 3 'Job' Model Dari Jenama Terkenal
Pelakon paling sensasi ketika ini, Afifah Nasir telah memadam beberapa foto di Instagramnya yang dipercayai melibatkan beberapa jenama te… Read More...
PPIM dedah penjawat awam boleh jual maklumat kepada ahlong, sesetengah mereka daripada kastam dan jpjPersatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu mengambil tindakan agresif bagi mengelak penjawat awam mengancam kedaulatan negara.
Ketua ak… Read More...
Suruh komen ikhlas nyanyiannya tapi bila kata tak sedap dia marah“MINTA komen ikhlas tapi kenapa Datuk marah?” itu antara komen netizen yang memenuhi Instagram milik jutawan kosmetik Datuk Aliff … Read More...
Situasi Yang Menyedihkan Buat Atikah Suhaime, 6 Bulan Tiada Job, Duit Simpanan Nak HabisSituasi Yang Menyedihkan Buat Atikah Suhaime, 6 Bulan Tiada Job, Duit Simpanan Nak Habis
Atikah Suhaime melalui situasi amat menyedihkan d… Read More...
0 Response to "Anak terperosok bawah lori, ibu tercampak 5 meter dalam kemalangan maut"
Post a Comment