Menurut presiden PTVM, Datuk Jurey Latif Rosli, berkata peningkatan caj tersebut akan memberi kesan kepada kos penerbitan yang semakin tinggi.
"Pihak Persatuan Penerbit Televisyen mahukan penjelasan di atas keputusan Perbadanan Putrajaya menaikkan kadar caj bagi penggunaan lokasi penggambaran di Putrajaya berkuat kuasa 1 Jan 2018.
"Peningkatan caj ini terpaksa ditanggung syarikat penerbitan dan ianya sudah tentu meningkatkan kos penerbitan."Putrajaya adalah lokasi yang menarik bagi memaparkan imej negara sudah tentu menjadi tumpuan syarikat penerbitan.
"Pihak persatuan berharap Perbadanan Putrajaya dapat menangguhkan serta mengadakan berbincang dengan Persatuan Penerbit Televisyen bagi mencari kaedah penetapan caj dengan mengambil kira harga pembelian program TV masih rendah dan kos semakin meningkat," katanya.
Menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Perbadanan Putrajaya pada Khamis, kadar baharu bagi permohonan penggambaran di kawasan platinum dikenakan RM5,000 sehari.
Manakala lain-lain kawasan sebanyak RM2,000 sehari dan deposit pada kadar rata sebanyak RM5,000 bagi setiap permohonan.
Sumber Caj lokasi penggambaran di Putrajaya naik, persatuan mohon penjelasan
0 Response to "Caj lokasi penggambaran di Putrajaya naik, persatuan mohon penjelasan"
Post a Comment