Ramai di antara mereka hangat memperkatakan tentang video itu yang dikeluarkan DVD Big Bang Welcoming Collection 2015.
Sebahagian daripada video tersebut adalah mengenai pertanyaan Taeyang kepada anggota Big Bang yang lain iaitu G-Dragon, T.O.P, Daesung dan Seungri yang meminta cadangan nama untuk bakal anaknya.
Daesung merupakan ahli pertama yang memberikan cadangan nama.
Ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon pula mencadangkan nama ‘Dong Gubat’ yang bermaksud ladang di bandar jika penyanyi Ringa Linga itu dikurniakan anak lelaki.
BACA: Gosip dengan G-Dragon: Kami berdua bukan bercinta pun - Dara
Gurau senda sesama anggota Big Bang ini tidak terhenti di situ sahaja apabila T.O.P menyuarakan cadangan beliau.
“Saya rasa nama yang mempunyai satu suku kata sangat cantik. Jadi, Do Jeon (duit syiling).
“Nama Inggerisnya boleh disebut sebagai ‘Coin’,” celah T.O.P.
Cadangan beliau mengundang gelak ketawa ahli yang lain dan beliau sekali lagi memberikan cadangan nama yang lain.
“Apa kata Dong Katsu (daging khinzir), kalau anak lelaki?” kata beliau.
dailymotion.com / Cho Kang
Hanya masa yang akan menentukan sama ada Taeyang akan mempertimbangkan cadangan 'bernas' rakan-rakannya apabila beliau dan Hyo Rin menimang cahaya mereka yang pertama.
BACA: Mereka masih bercinta, gosip Taeyang dan Min Hyo Rin berpisah tidak benar
Pasangan selebriti ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 3 Februari 2018.
Sumber Belum kahwin, T.O.P sudah pilihkan nama 'Coin' untuk anak Taeyang
0 Response to "Belum kahwin, T.O.P sudah pilihkan nama 'Coin' untuk anak Taeyang"
Post a Comment