Polis Seberang Perai Tengah menahan seorang lelaki berparang yang memasuki balai polis Seberang Jaya. — Paparan skrin GooglePERMATANG PAUH, 27 Dis — Seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila mengacukan parang panjang ke arah anggota polis wanita di balai Seberang Jaya.
Suspek itu, 40 tahun, menjerit ke arah anggota itu yang bertugas di kaunter sekitar jam 6.50 petang semalam, lapor Utusan Online.
Ketua polis daerah Seberang Perai Tengah berkata suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal ketika seorang lagi anggota cuba menahannya.
ACP Nik Ros Azhan Hamid berkata lelaki itu yang disyaki mengalami masalah menta ditahan di rumahnya di Seberang Jaya kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Suspek direman empat hari untuk siasatan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber Balai kecoh, lelaki acu parang pada polis wanita
0 Response to "Balai kecoh, lelaki acu parang pada polis wanita"
Post a Comment