Anak saudara Menteri Besar Selangor bebas dengan jaminan SPRM

SELEPAS 10 hari direman bagi membantu siasatan kes kegiatan perlombongan pasir dan batu haram di Selangor pada 2014, anak saudara Menteri Besar Selangor dan seorang pengarah syarikat dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Majistret Aida Khairuleen Azli membebaskan lelaki berusia 34 tahun dan pengarah syarikat berusia 67 tahun dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 dan seorang penjamin setiap seorang.

Anak saudara Menteri Besar Selangor bebas dengan jaminan SPRM

Anak saudara Menteri Besar Selangor bebas dengan jaminan SPRM

Terdahulu, kedua-dua suspek dibawa ke mahkamah 9.10 pagi diiringi pegawai SPRM.

Sebelum ini, empat individu direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan, bagaimanapun dua daripada mereka dibebaskan Rabu lalu.

Mereka yang direman membabitkan dua pengarah syarikat, seorang pekerja syarikat pengiklanan dan seorang pengurus tapak.

Semua mereka ditahan SPRM pada 29 November lalu di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan terhadap aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Kajang pada 2014.

Difahamkan, syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Berikutan itu, SPRM membekukan beberapa akaun syarikat berjumlah kira-kira RM4 juta selepas menahan individu dipercayai ada kaitan dengan kegiatan perlombongan haram terbabit.

Sumber: Metro



Sumber Anak saudara Menteri Besar Selangor bebas dengan jaminan SPRM

Related Posts :

0 Response to "Anak saudara Menteri Besar Selangor bebas dengan jaminan SPRM"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect