SEBUAH syarikat pembersihan di London, Naturist Cleaners, sedang mencari tukang cuci wanita dengan kriteria yang mengejutkan iaitu calon mesti bekerja dalam keadaan bogel dan akan dibayar sebanyak RM246 sejam.
Tukang cuci wanita yang sanggup kerja berbogel dengan bayaran RM246 sejam dicari sebuah syarikat pembersihan
Ini kerana kebanyakan pelanggannya adalah nudist iaitu mereka yang suka telanjang dan syarikat itu mengenakan bayaran kepada pelanggan sebanyak RM356 pada sejam pertama, diikuti RM300 untuk jam berikutnya.
Ia menawarkan tiga perkhidmatan iaitu dengan mencuci ketika pelanggan bogel, atau tukang cuci yang bogel atau kedua-dua pelanggan dan pencuci bogel.
Pemilik syarikat terbabit, Laura Smith berkata, dia mendapat idea berkenaan selepas seorang pelanggan bertanya kepadanya sama ada dia boleh berbogel ketika tukang cuci sedang bekerja untuknya.
“Kami memulakan perkhidmatan ini di London sejak dua tahun lalu dan ia terbukti amat popular jadi kami sedang meluaskan perkhidmatan. Kami mendapat ramai calon wanita yang berminat dengan pekerjaan ini.
“Ia menawarkan perkhidmatan kepada komuniti bogel. Kami syarikat pembersihan dan tidak terlibat dalam aktiviti seksual langsung,” katanya.
Laura berkata, dia menekankan bahawa pekerjanya adalah bogel sepenuhnya dan mereka akan mencuci dengan teliti, bukan berpura-pura.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Tukang cuci wanita yang sanggup kerja berbogel dengan bayaran RM246 sejam dicari sebuah syarikat pembersihan
0 Response to "Tukang cuci wanita yang sanggup kerja berbogel dengan bayaran RM246 sejam dicari sebuah syarikat pembersihan"
Post a Comment