Amy Search dedah produk cuba tipu konsumer dengan gunakan gambarnya

LEGENDA rock, Amy Search menyeru agar pengguna tidak tertipu dengan produk yang telah menggunakan gambarnya untuk mempromosikan barangan mereka.

Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Amy Search menegaskan dia bukan duta kepada produk tersebut, malah tidak pernah sekali pun menggunakannya.

Foto yang dimuat naik itu menunjukkan dia sedang memegang produk tersebut.

Amy bimbang jika produk itu memudaratkan pengguna dan namanya bakal tercemar.

Penyanyi itu kecewa kerana dia dipergunakan oleh peniaga produk tersebut tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusannya.

Menurut Amy lagi dia bukan seorang yang akan mengambil sebarang produk makanan tambahan tanpa mengetahui isi kandungannya.

Amy amat berhati-hati dan tidak mahu dikaitkan dengan sebarang produk sembarangan. - Foto Instagram

"Aku tak endorse ini barang ok. Aku pun tak pernah makan ini barang dan aku pun tak tahu ini apa barang!!!

"Bukan dia orang tah tahu tapi buat-buat tak tahu sebab kita ni humble sangat.

"Yang bahaya kalau orang yang makan barang ni memudaratkan dan tentu aku yg kena tuding. Aku harap sebelum nak pos ke  bertanyalah management, jangan main langgar je.

"Satu lagi kalau orang kasi barang-barang supplement ni bukan main sumbat je sebab tak tau side effect masa akan datang," tegas Amy dalam kapsyen akaun Instagramnya.
 



Sumber Amy Search dedah produk cuba tipu konsumer dengan gunakan gambarnya

Related Posts :

0 Response to "Amy Search dedah produk cuba tipu konsumer dengan gunakan gambarnya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect